Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Mekanikal (FTKM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mempelawa calon yang berminat untuk mengikuti pengajian Sarjana Secara Penyelidikan dalam bidang bahan komposit lestari melalui projek bertajuk Mechanical and Interfacial Performance of Polybutylene Succinate Biocomposites Reinforced with Dual-Scale Nanocellulose and Oil Palm Empty Fruit Bunch Fibers.
Penyelidikan ini memfokuskan kepada pembangunan biokomposit berasaskan polimer biodegradasi yang diperkuat dengan nanoselulosa dan gentian tandan kosong kelapa sawit. Skop penyelidikan merangkumi pemprosesan bahan, penilaian sifat mekanikal dan impak, serta pencirian mikrostruktur dan antara muka.
Program ini ditawarkan secara sepenuh masa untuk tempoh 18 bulan dan terbuka kepada pelajar tempatan dan antarabangsa. Calon self-funded amat dialu-alukan untuk memohon. Antara bidang latar belakang yang sesuai termasuk Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Bahan/Polimer, Kejuruteraan Kimia dan bidang berkaitan.
Penyelia bagi pengajian ini ialah Dr. Mohd Nur Azmi bin Nordin. Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui: Email:[email protected] WhatsApp: +6014-844 5639
Sign In
Register
Reset Password
Sign Up for Our Newsletter
Get weekly email containing tips about construction and everything relating with it